• Enter Slide 1 Title Here

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 2 Title Here

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 3 Title Here

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

Tuesday, February 14, 2017

HIDUP BERMAKNA

Jadi orang berguna. Bawa kebaikan. Sebarkan ilmu. Jadi orang yang terpilih. Satu dalam seribu. Hidup ini sementara. Baki usia sekejap sahaja. Apalah dunia, tiada makna apabila dilihat dari kacamata akhirat. Namun, kita tidak boleh tinggalkan dunia. Kita sedang dalamnya. Cari bekal ke alam sana. Inilah masanya. Peluang terbaik. Banyak kemudahan Allah kurniakan pada umat Muhammad (baca selawat). Bermula dengan kalimah syahadah. Kemudian bagi lelaki solat di masjid berjemaah. Usahakan jua terutama Subuh dan Isya'. Tahajud, bangun sepertiga malam tersisa. Dhuha. Zikir dan fikir sepanjang masa saat ada waktu terluang. Puasa isnin khamis. Umrah dan Haji supaya kita dapat manfaat masa "dalam masjid" di masjidil haram. Gandaan pahala solatnya sampai 100,000 . Sama dengan 55 tahun solat sendiri. Masjid Nabawi pula, 1000 kali pahala. Manfaatkan kesempatan yang ada. Ambil peluang masa bulan ramadhan. Dapatkan Lailatu Qadr. Fokus. Supaya kita setiasa kekal dalam Haji Mabrur sepanjang hidup setelah kerjakan haji sehingga kita bertemu ajal dijemput ILahi. Biar "terasa" sekejap sahaja berada dalam alam kubur. Surah al kahfi menjelaskan Allah berkuasa atas segala sesuatu.

Monday, February 13, 2017

PUBLIC SPEAKING MASTERY

PUBLIC SPEAKING MASTERY. . Ada 3 sebab utama manusia takut untuk berdiri dan bercakap depan khalayak. . Pertama, mereka takut pada bilangan manusia. Semakin ramai kalangan yang hadir, semakin gementar mereka untuk berdiri dan berkata. Ini penyakit takut khalayak. . Kedua, mereka takut pada mata mata yang memandang. Bimbang dan resah takut buat salah sepanjang berada atas pentas. Takut kena "boo" atau kena sorak. Mereka rasa kehilangan idea. . Ketiga, takut tidak bersedia. Makin lama makin sengsara jiwa. Banyak lagi yang perlu dicari dan dikumpulkan. Serasa sentiasa tidak berkecukupan modal untuk berdagang atas pentas memancing tumpuan khalayak yang datang. . Sebagai Public Speaking Guru, saya tiada masalah pada dua yang pertama. Saya menderita penyakit yang ketiga. Sentiasa rasa tidak bersedia.

FRASA FONDASI

Tanya: Saya mahu buat persembahan . 60 minit masa. . Jawab: Pecahkan masa. 9 minit pertama, pembukaan yang power. Itu kita bincang nanti. 6 minit terakhir, penutup. Sepakan yang diingat. . Ada lagi 45 minit untuk kandungan. Bahagikan setiap momen kepada 3 minit. Ada 15 babak. . 15 cerita berupa momen momen. Dalam satu momen cerita ada satu fakta yang diselit. Pada 15 momen itu adun dan anyam supaya jadi satu cerita besar yang dapat diserlah terang dalam "sepakan penutup" masa rumusan nanti. . Pada permulaan cerita, buat FRASA FONDASI. Jelaskan keseluruhan gambaran yang menjadi akar tunjang kepada persembahan itu.