Monday, February 13, 2017

FRASA FONDASI

Tanya: Saya mahu buat persembahan . 60 minit masa. . Jawab: Pecahkan masa. 9 minit pertama, pembukaan yang power. Itu kita bincang nanti. 6 minit terakhir, penutup. Sepakan yang diingat. . Ada lagi 45 minit untuk kandungan. Bahagikan setiap momen kepada 3 minit. Ada 15 babak. . 15 cerita berupa momen momen. Dalam satu momen cerita ada satu fakta yang diselit. Pada 15 momen itu adun dan anyam supaya jadi satu cerita besar yang dapat diserlah terang dalam "sepakan penutup" masa rumusan nanti. . Pada permulaan cerita, buat FRASA FONDASI. Jelaskan keseluruhan gambaran yang menjadi akar tunjang kepada persembahan itu.
Share:

0 comments:

Post a Comment