Tuesday, February 14, 2017

HIDUP BERMAKNA

Jadi orang berguna. Bawa kebaikan. Sebarkan ilmu. Jadi orang yang terpilih. Satu dalam seribu. Hidup ini sementara. Baki usia sekejap sahaja. Apalah dunia, tiada makna apabila dilihat dari kacamata akhirat. Namun, kita tidak boleh tinggalkan dunia. Kita sedang dalamnya. Cari bekal ke alam sana. Inilah masanya. Peluang terbaik. Banyak kemudahan Allah kurniakan pada umat Muhammad (baca selawat). Bermula dengan kalimah syahadah. Kemudian bagi lelaki solat di masjid berjemaah. Usahakan jua terutama Subuh dan Isya'. Tahajud, bangun sepertiga malam tersisa. Dhuha. Zikir dan fikir sepanjang masa saat ada waktu terluang. Puasa isnin khamis. Umrah dan Haji supaya kita dapat manfaat masa "dalam masjid" di masjidil haram. Gandaan pahala solatnya sampai 100,000 . Sama dengan 55 tahun solat sendiri. Masjid Nabawi pula, 1000 kali pahala. Manfaatkan kesempatan yang ada. Ambil peluang masa bulan ramadhan. Dapatkan Lailatu Qadr. Fokus. Supaya kita setiasa kekal dalam Haji Mabrur sepanjang hidup setelah kerjakan haji sehingga kita bertemu ajal dijemput ILahi. Biar "terasa" sekejap sahaja berada dalam alam kubur. Surah al kahfi menjelaskan Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Share:

0 comments:

Post a Comment